Sunday, 7 October 2012

Salam Perpisahan
Hai.. Assalamualaikum... haa, dah dua hari tak masukkan cerita dalam blog ni.. kali ini saya nak berkongsi kisah semasa saya di kampung... Cuti hujung minggu baru-baru ni saya balik kampung.. Balik kampung naik kereta api.. Dulu masa pertama kali naik kereta api rasa teruja sangat.. Tapi bila dah lama-lama dan selalu sangat naik kereta api, rasa bohsan la pulak.. 


Ha.. Bukan itu yang saya nak konsikan sebenarnya.. Cerita yang sebenarnya saya nak kongsikan adalah berkenaan dengan apa yang saya lihat semasa kereta api berhenti di Stesyen Kereta Api Tapah, hati saya tiba-tiba tersentuh apabila melihat seorang ibu tua menangis kemudian seorang anaknya memeluk dan menggosok-gosok belakang tubuh ibunya... Pada hemat saya, mungkin salah seorang dari ahli keluarga mereka pergi ke sesuatu tempat lain dengan menaiki kereta api.. Sebab itulah ibunya merasa sedih hendak berpisah dengan anak yang disayanginya... Kemudian anaknya yang seorang lagi cuba menenangkan ibunya supaya tidak terus bersedih...


Ha... Banyak tafsiran yang kita boleh buat disitu.. Tapi apa pula kaitannya dengan Sosiolinguistik? Sebenarnya tindakan anaknya yang memeluk ibunya sambil memujuk dan menggosok-gosok belakang ibunya itu jika di teliti juga merupakan salah satu komunikasi tidak lisan.. Komunikasi menggunakan gerak tubuh... Apabila kita memujuk seseorang, kita lazimnya mengusap-usap belakang tubuhnya supaya bertenang misalnya... Komunikasi tubuh ini menegaskan lagi komunikasi lisan iaitu apa yang kita cakapkan.. Tetapi, perlu ingatnya, dalam Islam kita tidak boleh bersentuhan      jika bukan muhrim... Tapi yang terjadi hari ini, apabila ada pasangan bercinta bergaduh, kemudian hendak memujuk, mulalah aksi menggosok ini di adakan.. Haram tau.. hehe...

No comments:

Post a Comment