Monday, 8 October 2012

Kesetiaan Bahasa

Kesetiaan Bahasa, itulah tajuk yang saya nak bincangkan hari ini… Maklumlah, baru tadi pensyarah beri kuliah tentang kesetiaan bahasa.. Semasa belajar tajuk ini ada juga membincangkan tentang pertembungan budaya lalu juga membawa pertembungan bahasa.. Bila belajar sahaja tajuk ini tiba-tiba saya teringat pengalaman semasa saya bekerja dahulu selepas tamat Tingkatan Enam.

Biar saya pendekkan cerita, dahulu saya pernah bekerja di Old Town White Coffee iaitu sebuah restoran makanan.. Di sana saya mengenali ramai kenalan-kenalan baru yang turut bekerja di situ. Apa yang menariknya, saya turut berkenalan dengan beberapa pekerja yang berasal dari Myanmar.. Ada beberapa orang Myanmar ini sudah boleh berbahasa Melayu. Mereka belajar bahasa Melayu kerana mereka tinggal di Malaysia untuk bekerja.. Kalau pekerja Indonesia itu biasalah, sebab bahasa mereka tidak jauh beza dengan bahasa Melayu, tetapi bahasa Myanmar memang jelas berbeza jadi berlaku sedikit pertembungan budaya sekali gus bahasa.

Walaupun mereka boleh berbahasa Melayu, tetapi wujud juga telo bahasa seperti bunyi sebutan yang berbeza contohnya ‘boleh’ disebut ‘bole’ dan banyak lagi.. Saya turut belajar sedikit bahasa Myanmar, contohnya ‘ni kaw la?’ membawa maksud ‘kamu apa khabar?’.. Tidak salah untuk belajar banyak bahasa.. Saya turut berbangga kerana ramai daripada orang-orang luar ini mahu belajar berbahasa Melayu.



‘Bahasa Jiwa Bangsa’ . ‘Maju Bahasa, Majulah Bangsanya’.. 
Ha.. kan dah  berfalsafah.. Semoga kita menghargai bahasa kita.. =)

No comments:

Post a Comment