Budaya Minta Izin
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masih dalam
ruang lingkup sosiolinguistik, kali ini saya nak bawa pembaca semua lebih dekat
dengan suasana pelajar. Isunya ialah budaya meminta izin untuk keluar kelas.
Dari sekolah rendah lagi, didikan yang kita
terima sudah cantik. Guru-guru mengajar kita supaya kalau mahu keluar kelas
sama ada ke tandas, ke bilik guru, atau ke mana sahaja mintalah izin terlebih
dahulu.
Budaya ini masih diteruskan di sekolah
menengah. “cikgu, boleh saya keluar kelas sekejap, saya mahu ke bilik guru
untuk hantar buku latihan”, baiklah “kamu pergilah”.. Begitulah antara situasi
yang pernah berlaku di sekolah dahulu iaitu budaya meminta izin untuk keluar
dari kelas.
Sepatutnya, semakin banyak ilmu yang kita
ada, rasa hormat dan budi bahasa kita semakin meningkat, tetapi perkara
sebaliknya telah berlaku apabila saya melihat budaya di UPSI sendiri. Pensyarah
di hadapan, tetapi pelajar mahu keluar tidak minta izin pun. Hmm, di mana
silapnya ya? Fikir-fikirkanlah…
No comments:
Post a Comment