Patuhi Larangan!
Assalamualaikum.. Bertemu lagi kita dalam
ruangan seterusnya. Kali ini saya nak ketengahkan tentang satu isu yang sudah
lama dan masih tidak dapat dibendung. “Dilarang Membuang Sampah Di Sini” sudah
terang-terang terpacak tanda larangan itu, tetapi disitulah orang ramai
membuang sampah. Apakah mereka tidak memahami maksud tanda larangan tersebut
atau mereka langsung tidak pandai membaca?
Ha, disinilah silap kita. Kita memang tidak
suka mengikut peraturan. Ada yang mengatakan, mereka tidak suka hidup mereka
ada peraturan, tetapi perlu diingat untuk berjaya, kita perlu mematuhi
peraturan. Dalam agama sendiri ada meletakkan peraturan supaya kita berjaya di
akhirat sana.
Peraturan-peraturan sebegini moleklah
sekiranya kita terapkan dalam diri individu semenjak dari kecil lagi. “Melentur
buluh biarlah dari rebungnya”. Semoga generasi akan datang lebih tahu untuk
mematuhi peraturan bukan melanggar peraturan.
No comments:
Post a Comment