Diam!
Berkomunikasi dan beramah mesra itu
sememangnya bagus, tapi jika tidak kena pada tempat akan menjadi tidak bagus
juga. Hmm, kali ini saya nak ketengahkan isu adab kita ketika dalam
majlis-majlis ilmu dan sebagainya iaitu apabila ada seseorang yang berucap atau
menyampaikan ilmu di hadapan, maka kita seharusnya memberi perhatian.
Perkara ini terlintas di fikiran saya
apabila situasi sebegini berlaku semasa persidangan yang telah dijalankan di
UPSI sempena pelancaran bulan bahasa Melayu peringkat negeri perak baru-baru
ini. Semasa pembentang membentangkan kertas kerja mereka, hanya segelintir
sahaja yang menumpukan perhatian tentang apa yang diperkatakan. Sebahagian
besar lagi lebih suka untuk bercakap-cakap sesama rakan mereka.
Keadaan ini tidak baik dan tidak seharusnya
berlaku. Pertamanya, kita seolah-olah tidak menghormati pembentang. Kedua, akan
membuat keadaan bising seterusnya mengganggu konsentrasi peserta lain. keadaan
ini seolah-olah telah menjadi budaya dalam masyarakat kita. Jika dibandingkan
dengan masyarakat Jepun misalnya, mereka amat menghormati orang yang bercakap di
hadapan dan akan memberi tumpuan sepenuhnya. Perkara sebegini seharusnya
dijadikan contoh kepada masyarakat kita iaitu budaya memberi perhatian dan tumpuan
dalam majlis-majlis ilmu umumnya.
No comments:
Post a Comment