Tuesday, 2 October 2012

Kata Nama
Hai... Assalamualaikum... Kali ni saya nak bincangkan beberapa perkataan yang masih samar-samar penggunaannya dalam Bahasa Melayu.. Kisahnya begini, pada hari Sabtu, 30.9.2012 dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, saya telah menaiki keretapi... Melihat di sekeliling, masyarakat kini sungguh berteknologi. Masing-masing memegang telefon bimbit.. Kemudian, mereka menutup telinga mereka dengan menggunakan 'ear phone'.. Apabila telinga sudah ditutup, maka orang disekeliling seolah-olah tidak wujud lagi.. Ha... Inilah masyarakat moden kita kini.. Sudah tidak mesra dalam masyarakat.. Buat hal masing-masing..



Apa yang mahu saya timbulkan disini ialah tentang perkataan 'earphone' tersebut.. Apakah panggilannya dalam Bahasa Melayu? Ini kerana, kita jarang menggunakan bahasa melayu untuk merujuk benda tersebut... Adakah 'earphone' ialah 'fon telinga'? Bagaimana pula dengan 'head phone', adakah panggilannya dalam Bahasa Melayu ialah 'fon kepala'?


No comments:

Post a Comment