Sunday, 7 October 2012

Berjabat Tangan

Assalamualaikum... Kali ini cerita yang nak kongsikan berkaitan dengan isu berjabat tangan.. Selalu saya perhatikan dalam mana-mana majlis misalnya majlis memberi hadiah, pemberi hadiah akan berjabat tangan walaupun mereka bukan muhrim.. Hmm itu situasinya... Memang berjabat tangan juga merupakan salah satu komunikasi bukan lisan untuk menunjukkan hormat, tetapi harus kita berpegang pada akidah, hanya sesama muhrim boleh bersentuh atau berjabat tangan.. 

Nak tahu dari mana asalnya budaya berjabat tangan ini? Sebenarnya budaya jabat tangan bukanlah budaya masyarakat Mekkah ataupun Madinah, tetapi merupakan adopsi dari budaya Yaman. Argumen ini didasari sebuah Hadits dari Anas r.a. yang menyatakan bahwa sekelompok orang negeri Yaman mendatangi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dan mereka saling berjabat tangan dengan kaum muslimin. Rasulullah bersabda, “Kini telah datang penduduk kota Yaman dan merekalah orang-orang yang pertama kali datang dengan berjabat tangan”. Dengan demikian, kebiasaan berjabat tangan bukan budaya asli penduduk Mekkah ataupun Madinah, tetapi sudah ada pada masa Rasulullah dan diakui oleh beliau. Sesuatu yang diakui beliau merupakan Sunnah atau anjuran agama.

Sebenarnya, melalui komunikasi ini iaitu berjabat tangan, banyak manfaat yang kita perolehi sekiranya kita mengikut syariat Islam.. Antaranya dapat mengeratkan silaturahim seterusnya memperolehi pahala.. Tapi, kini lain pula jadinya apabila lelaki dan wanita berjabat tangan tanpa rasa bersalah dan telah menjadi satu fenomena.. Haram hukum berlainan muhrim untuk berjabat tangan.. Jadi sama-samalah kita renungkan.. Selamat beramal.. =)


No comments:

Post a Comment