Dialek Kita
Hai... Assalamualaikum... Bertemu lagi kita ya.. Haaa... Kali ini saya nak kongsikan lagi cerita-cerita yang berlaku disekeliling... Tahu tak apa itu dialek? Itulah saya nak konsikan kali ini... Dialek ni merupakan bahasa daerah.. Dialek masih lagi dalam Bahasa Melayu tetapi cara pertuturannya mengikut daerah masing-masing.... Dialek juga tergolong dalam ilmu sosiolinguistik..
Kalau dulu masa sekolah, kawan-kawan semua gunakan dialek yang sama iaitu dialek utara. Tapi bila dah berada di UPSI ni saya banyak kenal orang dari seluruh negeri maka dialeknya pun berbeza-beza.. Misalnya di sini ada pelajar yang bercakap guna dialek Kelantan, Dialek Kedah, Dialek Johor, Dialek Sabah, Dialek Sarawak dan banyak lagi.. Seronok juga bila dapat tahu dan belajar banyak dialek ni... Tapi dalam sesetengah perkara kita tidak boleh menggunakan dialek kita... Haaa... Inilah masalah orang kita... Kalau kita nak mengajar Bahasa Melayu takkanlah kita nak guna dialek kelantan atau dialek utara contohnya... Guru Bahasa Melayu perlulah menggunakan bahasa baku iaitu ikut dialek Johor Riau.. Tapi bilak kita cakap bahasa baku, ada sahaja yang tidak kena, misalnya orang-orang kampung mula cakap kita lupa asal usul..
Komen saya, dialek itu satu kelebihan... Belajarlah dialek kerana itu juga sebahagian dari ilmu bahasa.. Tetapi, kita perlu bersifat profesional dalam kehidupan... Maksudnya, dalam konteks mengajar Bahasa Melayu, kita seharusnya menggunakan bahasa baku... Masyarakat juga perlu berfikiran terbuka dan tidak menghukum sesama kita... Semoga bahasa kita terus dimartabatkan.. Sekian.. =)
No comments:
Post a Comment