Muka Buku
Assalamualaikum... Ha.. Kawan-kawan kali ni saya nak kongsikan lagi satu cerita. Sebut ja Facebook atau Muka Buku ini, memang popular zaman sekarang... Boleh dikatakan golongan remaja pasti ada "Facebook''.. sampaikan ada lagu cinta muka buku yang dinyanyikan oleh artis baru iaitu Najwa Latif..
Apa pula kaitan Muka Buku ini dengan sosiolingustik? Ha... Sebagai mana yang kita sedia maklum, Muka Buku ini merupakan salah satu laman sosial.. Pastinya laman sosial untuk kita bersosial iaitu untuk berkomunikasi dengan masyarakat.. Nah, jelas bukan? Kalau berkomunikasi dengan masyarakat kita perlu menggunakan bahasa tidak kira lisan atau tulisan...
Apa yang ingin saya ketengahkan kali ini adalah tentang cara kita menggunakan laman Muka Buku kita. Setiap benda itu pasti ada kebaikan dan keburukannya.. Begitu juga dengan Muka Buku ini. Kalau kita pandai menggunakannya untuk tujuan yang baik, banyak manfaat yang kita boleh perolehi contohnya sebagai pelajar kita boleh berkongsi nota-nota melalui Muka Buku, kita boleh menyampaikan apa-apa maklumat dengan mudah dan cepat, kita boleh berkomunikasi dengan rakan yang jauh seterusnya mengeratkan silatulrahim dan banyak lagi..
Keburukan Muka Buku juga boleh timbul jika kita tidak pandai memanfaatkan sebaik-baiknya teknologi ini. Dari segi bahasa, pengguna Muka Buku lazimnya banyak menggunakan bahasa rojak dan banyak menulis dengan cara menyingkatkan perkataan. Misalnya 'x' membawa maksud 'tidak', 'ak' membawa maksud 'aku' dan banyak contoh lain.. Kalau tidak percaya, perhatikan komen-komen di laman Muka Buku anda, berapa ramaikah yang menulis komen dengan menggunakan bahasa dengan baik dan menulis perkataan dengan sempurna?
Jadi, fikirkanlah, kita sebagai pejuang bahasa, bagaimana kita mencorakkan diri kita... Sekian...
No comments:
Post a Comment