Friday, 21 September 2012

Tika ini aku masih meraba-raba dalam dunia IT.. Bukannya aku langsung tidak menggunakan IT, cuma ini kali pertama aku menggunakan aplikasi 'Blog' sebagai wadah berkongsi cerita disamping berkosngsi informasi.. Tipulah kalau 'Generasi Y' kini tidak pernah melayari internet. Lihat sahaja Pengguna 'Facebook' itu belum termasuk pengguna Tweeter' dan pelbagai lagi laman sosial sebagai salah satu wadah untuk mereka bersosial dalam alam maya. Dalam blog ini bukan aku mahu mempersoalkan kebaikan dan keburukan menggunakan laman sosial, itu bergantung kepada penggunnya untuk menerajui dirinya supaya tidak terjatuh dalam arus globalisasi dunai tanpa sempadan. Aku hanya ingin mengetengahkan cerita disebalik dunia Sosiolinguistik. Anda tertanya-tanya? Baguslah begitu.. Jika ingin tahu, ikuti perkembangan blog ini..

 Blog ini aku cipta khas untuk menyempurakan tugasan aku sebagai pelajar yang mengambil Kursus BML3073 Sosiolinguistik Bahasa Melayu yang telah diajar oleh Dr. Siti Saniah Bt. Abu Bakar. Bagi pelajar semester 5, aku telah merasa keseronokan untuk mengambil kursus ini semenjak menghadiri kelas pertama lagi.. Mungkin cara mengajar yang ditonjolkan oleh pensyarah membuatkan aku rasa bersemangat..

Sebelum memulakan bicara, sebagai pelajar Bahasa Melayu, aku seharusnya menggunakan bahasa baku dalam penulisan, tapi dalam penulisan blog ini aku akan menulis secara lebih santai untuk mendekati diri pembaca. Jadi mungkin bahasa yang aku gunakan agak tidak formal. Aku memilih untuk menulis ala-ala bahasa dalam novel.. Bahasa itu mudah, jika kita pandai bermain gaya bahasa selagi tidak tergrlincir dalam arusnya...

Dalam perkongsian pertama ini, aku tidak berniat untuk berceloteh panjang, sekadar memberi sedikit informasi berkenaan dengan blog ini. Insyallah, sedikit demi sedikit informasi akan aku berikan berkenaan diri dan juga blog serta pengalaman aku dalam dunia Sosiolinguistik ini.. Harapan menggunung agar pembaca setia mengikuti perkembangan blog ini. Bertemu lagi kita dalam utusan mendatang... Insyallah.. =)

9 comments:

  1. Pengunaan bahasa saudara sangat lembut dan sopan sekali. Rasa tenang bila baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya.. mohon tunjuk ajar sekiranya tersasar..

      Delete
  2. salam..
    tahniah..
    gud jobs...
    teruskn usaha !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya.. mohon tunjuk ajar sekiranya tersasar..

      Delete
    2. sama2 kita bljar utk betulkn apa yg salah...

      Delete
  3. terima kasih... saya masih baru.. beri tunjuk ajar, tegur jika salah.. =)

    ReplyDelete
  4. Hamboi-hamboi... Dah berblog rupanya...

    ReplyDelete