Wednesday, 26 September 2012

Puisi Buat Rohingya


Darah pekat mengalir keluar dari tubuh,
Tatkala bilahan tajam membelah isi,
Denyut jantung kian lemah berdenyut,
Saat hangat air mata mengalir sayu dan lesu,
Tubuh longlai tidak berdaya,
Aku mengenang akan kejamnya kamu...

Aku juga anak kecilku dibakar kejam,
Aku juga anak kecilku dihunus bilah tajam,
Aku juga anak kecilku disepak terajang,
Aku juga anak kecilku dicungkil mata terang,
Apakah aku yang akan buta?
Atau kamu yang sudah buta?

Tidakkah kau tahu aku juga manusia sepertimu,
Tidakkah kau tahu aku juga bisa merasa sakit sepertimu,
Tidakkah kau tahu aku juga bisa menangis sedih sepertimu,
Kamu buta kerana menutup mata dan hatimu...

Hantarkan aku satu keajaiban Ya Tuhan,
Agar mereka tahu masih ada yang maha berkuasa,
Hancurkan tubuh mereka Ya Tuhan,
Agar mereka bisa merasa sakitnya dizalim ditindas,
Semoga tiada lagi mangsa seperti aku,
Dalam doa titip terakhir,
Sebelum aku menutup mata...

nukilan,
Nazrul Suhaimi

Sajak diatas aku hasilkan sebagai tanda mengenang mangsa kekejaman di Rohingya, Myanmar. Sebagai mana yang kita tahu, umat Islam di sana ditindas dan dizalimi dengan penuh kekejaman. Masih dalam ruang lingkup sosiolinguistik, apa hubungan puisi di atas dengan sosiolinguistik? Pasti anda tidak menyedari bahawa puisi juga merupakan mainan bahasa. Bahasa digubah dalam cara yang lebih kreatif dan indah untuk menyampaikan masej kepada masyarakat. Nah, jelas bukan? Puisi tersebut mengandungi bahasa yang digubah dalam bentuk puisi dan menceritakan tentang masyarakat di Rohingya. 

Melalui puisi ini kita dapat menimbulkan pelbagai rasa dalam diri. Antaranya menimbulkan rasa kasihan, rasa keperihatinan, rasa tanggungjawab, dan apa yang paling penting dapat menimbulkan kesedaran dalam diri. Di Malaysia kita harus bersyukur kerana kita mengecapi nikmat keamanan. Jadi kita seharusnya menjaga negara kita supaya kekal aman dengan cara tidak menimbulkan sebarang ancaman kepada negara kita yang tercinta.

Cukup rasanya perkongsian untuk kali ini. Semoga kita semua mensyukuri nikmat kurniaan Ilahi ini. Semoga juga kekejaman di Rohingya akan berakhir, begitu juga kekejaman di Palestin. Kalau kita tidak mampu membantu mereka di sana, cukup sekadar dengan doa dan dengan kita menginsafi diri.

Sekian, Salam mengundur diri.. =)






1 comment:

  1. Kalau menempatkan foto, mohon di sesuaikan, soalnya ada foto yang sebenarnya, tapi diselipkan denan foto demo. kurang etis :)

    ReplyDelete