Bahasa Kita Untuk Kita
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Seperti yang telah dijanjikan, buat kawan-kawan yang setia mengikuti perkembangan blog ini, saya akan memulakan perbicaraan tentang dunia sosiolinguistik. Apa itu sosiolinguistik? Pelbagai pandangan tokoh tentang sosiolinguistik, antara tokoh-tokoh terkemuka dalam bidang ini seperti R. Appel yang menyatakan bahawa sosiolinguistik ialah kajian tentang bahasa dan pemakaian bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat dan kebudayaan. Dell Hymes pula menyatakan sosiolinguistik ini dapat dipakai sebagai petunjuk tentang kemungkinan pemakaian data dan analisis linguistik dalam disiplin lain yang berhubung dengan kehidupan sosial dan demikian juga sebaliknya iaitu pemakaian data dan analisis sosial. Selain mereka ramai lagi tokoh sosiolinguistik yang telah mengemukakan pandangan mereka berhubung sosiolinguistik seperti Joshua A. Fishman, P.W.J Nababan, Nikolas Couplan dan lain-lain. kesemua pandangan ini secara umumnya menerangkan bahawa sosiolinguistik ini merupakan kajian bahasa dalam masyarakat.
Apa hubungan sisiolinguistik dengan video di atas? Jangan gusar untuk mengetahui kerana saya akan menerangkan perkara yang patut dibincangkan. Isu besar yang cuba saya ketengahkan pada kali ini ialah penggunaan bahasa melayu yang semakin terhakis. Saya mengambil satu contoh situasi di atas iaitu dalam minit ke-6 apabila pengacara tersebut menyoal 'sejak bila kamu famous ?' lalu tetamu yang bukan berbangsa melayu mempersoalkan kembali 'apa itu famous ?' dan menambah saya tidak faham. Situasi ini amat memalukan jika kita berfikir kita sebagai anak jati melayu sendiri tidak petah menggunakan bahasa sendiri malah orang yang bukan penutur asli Bahasa Melayu mempersoalkan itu.
Dalam konteks ini, daripada pengamatan linguistik jelas menunjukkan kesalahan dalam sistem tatabahasa iaitu berlakunya percampuran kod bahasa. Apa itu percampuran kod bahasa? Secara mudahnya percampuran kod bahasa seperti menggunakan dua bahasa yang berbeza dalam sesuatu konteks ayat atau lebih mudah ialah berlakunya 'bahasa rojak'. Dalam sistem Bahasa Melayu baku, kita tidak seharusnya melakukan percampuran kod ini kerana sesuatu bahasa itu mempunyai sifatnya tersendiri. Jika ahli bahasa, perkara sebegini amat di titikberatkan. Tetapi inilah hakikatnya bahawa bahasa rojak kian menular dalam masyarakat melayu.
Apakah implikasinya sekiranya keadaan ini tidak dibendung? Ya, mungkin anak muda kini tidak merasa terus kesannya sekarang, tapi pada hemat saya Bahasa Melayu akan hancur pada masa akan datang dan kosa kata Bahasa Melayu akan semakin berkurangan. Kenapa saya berani berkata sedemikain? Cuba anda membuat analisis sendiri berapa ramai yang menggunakan istilah telefon bimbit dalam sesuatu konteks ayat? Ini satu sahaja contoh yang saya berikan. Sebenarnya masih banyak lagi perkataan-perkataan bahasa melayu yang jarang digunakan sebaliknya masyarakat kini lebih gemar menggunakan perkataan-perkataan yang bukan asalnya dari tatabahasa melayu misalnya 'air cond' , 'laptop', 'contact lens' , dan banyak lagi. Bukan tidak boleh menggunakan perkataan tersebut, tetapi jangan melakukan percampuran kod bahasa. Silakan menggunakan perkataan matahari terbenam tersebut tetapi guna dalam ayat yang penuh, contohnya 'May I borrow your laptop for a while?' dan bukan begini 'Boleh saya pinjam lettop awak sekejap?'. sekiranya penggunaan ini terus dilakukan mungkin kosa kata bagi komputer riba akan terhapus lama-kelamaan. Tidak cukup dalam percakapan, malah percampuran kod bahasa turut berlaku dalam lagu-lagu kini, contoh yang jelas juga ada dalam video diatas. Anda pasti bijak menilai sendiri, anak melayu sibuk-sibuk menyanyi lagu melayu yang campur bahasa asing, tapi Mat Salleh pula yang nyanyi lagu melayu yang tiada unsur percampuran kod bahasa.
Jadi fikirlah sendiri nasib bahasa kita. Jika kita tidak memperjuangkan bahasa sendiri, siapa yang akan memperjuangkan bahasa kita? Apa yang akan terjadi pada masyarakat kita kelak? Saya tinggalkan soalan tersebut untuk anda membuat penilaian sendiri. Saya kira cukup perkongsian saya untuk kali ini, bertemu lagi pada utusan mendatang, Insyallah..
Ini telefon bimbit |
Ini kanta lekap |
Ini komputer riba |
ooo..mcm tu upenye komputer riba...>.<"
ReplyDeletehahaha... kalau dah tau lepas ni guna komputer riba tau.. jgn guna laptop dah.. haha
ReplyDeleteaku guna lappy je.. HOhoh :)
ReplyDeletelepas ni dah tau kan.. jadi guna bahasa melayu yang penuh tau.. hehehe
DeleteDah terbiasa panggil lappy.. so teruskan je la.. LOL ;p
Deletetahniah Nazrul Suhaimi atas keberhasilan menghasilkan situasi yang pertama.
ReplyDeletehehe... terima kasih... bagaimana pula dengan anda? hehe... jom sertai kami di blog sosio.. hehe
Delete