Bahasa dalam politik
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, minda ini masih dipinjamkan untuk berkongsi sedikit cerita dan informasi berhubung bahasa dalam masyarakat kita. Ketika ini, negara kita semakin menujuk kepada Pilihanraya Umum. Pastinya semua ternanti-nanti detik itu. Takut pula rasanya kalau berbincang bab politik ini. Bukan apa-apa, tersalah cakap boleh bawa padah. Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata badan binasa. Kalau nak cakap banyak pun, biarlah kita ada ilmu yang cukup tentang politik supaya kita tidak suka-suka buat spekulasi dan andaian yang boleh menjadi fitnah. Wahh, meremamg pula buku roma bila sebut fasal ini..
Kali ini, saya tidak berniat untuk membincangkan soal politik negara kerana saya sendiri kurang berminat tentang politik ini. Jadi, saya perkecilkan skop perbincangan kita iaitu melihat kepada persekitaran diri yang terdekat. Politik apa yang terdekat tu? Haa... Pastinya pemillihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI yang diadakan pada hari ini iaitu 25.9.2012 (Selasa).
Saya juga tidak mahu membincangkan siapa yang bakal menang atau siapa yang kalah. Bagi saya menang dan kalah bukan perkara yang paling penting, apa yang lebih penting ialah tanggungjawab kita terhadap UPSI. Isu yang ingin saya ketengahkan ialah bahasa dalam politik. Ya, bahasa dalam politik secara tidak langsung berkait dalam sosiolinguistik. Apakah perkaitannya? Ya.. Mari kita bincangkan.
Situasi yang jelas ketika pemilihan MPP giat dijalankan ialah sesi pembentangan manifesto masing-masing. Apa lagi, berkempen sakanlah bakal-bakal pemimpin kita ini. Sesekali berasa bangga dengan semangat yang mereka tonjolkan. Apa kaitannya dengan sosiolinguisti? Hmm... Jawapan saya tentunya bahasa. Kenapa pula bahasa? Ya, kalau kita tidak menggunakan bahasa, bagaimana hendak berkempen.. Nah, jelas bukan?
Antara kata-kata yang banyak digunakan dalam laras politik ini seperti mandat, kabinet, menifesto, undi, adil, dan banyak lagi. Contohnya begini 'Sekiranya saya diberi mandat untuk menjadi MPP pada kali ini, saya akan berusaha bersungguh-sungguh dan akan menubuhkan satu kabinet dan akan bertindak adil dalam setiap hal''. Selain itu, untuk berkempen, mereka haruslah bersemangat ketika memberi ucapan, nada suara juga perlu lantang supaya dapat menarik minat umum mendengar seterusnya memilih mereka sebagai wakil MPP. Jadi, penggunaan bahasa amat penting dalam konteks ini. Penggunaan bahasa yang baik juga penting supaya timbul rasa hormat masyarakat terhadap diri kita. Tidaklah kita mencaci hamun, mengeluarkan kata-kata kesat, dan menjatuhkan maruah orang lain dalam berkempen. Hal ini secara tidak langsung akan merosakkan kerdibiliti seseorang seterusnya rasa hormat masyarakat kerhadap kita turut luntur.
Bukan itu sahaja, yang paling penting ialah kita jangan hanya pandai bercakap sahaja, berjanji macam-macam, tetapi akhirnya tidak menunaikan janji seperti pepatah menanam tebu ditepi bibir. Tapi saya percaya, MPP UPSI adalah MPP yang terbaik dan mereka sedaya upaya akan berkhidmat memberikan yang terbaik kepada semua pelajar UPSI khasnya.
Sekian... Salam permisi.. =)
No comments:
Post a Comment