Thursday, 27 September 2012

Lampu Isyarat Oh Lampu Isyarat...
Assalamualaikum.. Hai.. Alhamdulillah, bertemu lagi kita ya.. Untuk cerita seterusnya saya nak kongsikan sedikit senario penduduk Malaysia ni.. Orang kita ni bila atas jalan raya nak cepat saja, tapi bila buat kerja lambat juga.. Haii... Bukan semua macam tu, tapi yelah kan, kerana nila setitik rosaklah susu sebelanga... 

Masih dalam konteks sosiolinguistik, tapi apa kena-mengena dengan kisah dijalan raya ni? Hmm.. Ni kisah lampu isyarat... Tahu tak lampu isyarat macam mana.. Haaa... Ni nak tunjuk ;
Haaa.... Tu la lampu isyarat... Ada tiga warna iaitu hijau, kuning dan merah.. Warna-warna tersebut bukan suka-suka je kita pilih, tetapi ada maksud tersendiri.. Hijau tanda kenderaan boleh teruskan berjalan, kuning pula perlu bersedia untuk berhenti, merah pula kena berhenti.. 

Rasanya satu dunia dah tahu tentang maksud lampu isyarat. Apa yang menjadi masalah apabila kita faham maksud lampu isyarat, tetapi tetap tidak patuhi isyaratnya. Kalau nak tahu, lampu isyarat juga merupakan alat komunikasi supaya pengguna jalan raya mematuhi peraturan jalan raya. Kalau kita patuhi isyarat jalan raya pasti tak berlaku kesesakan lalu lintas, kemalangan dan apa yang lebih teruk apabila berlakunya kes yang meragut nyawa. Ni padah kalau tak ikut lampu isyarat ;

Sudahlah bahayakan nyawa sendiri, malah susahkan orang lain pula. Komen saya, patuhilah undang-undang jalan raya. Jadilah pengguna jalan raya yang baik dengan memahami komunikasi di jalan raya. Lampu isyarat juga sebenarnya bahasa kerana setiap warna pada lampu isyarat itu secara konvensional telah dipersetujui. Salah satu sifat bahasa ialah konvensional iaitu dipersetujui oleh masyarakat. Sekian untuk kali ini.. Jumpa lagi ya... =)


No comments:

Post a Comment