Senyumlah....
Assalammualaikum.. Hai, pada kali ini saya nak kongsikan satu cerita lagi.. Kali ini cerita tentang pelajar-pelajar kita yang semakin susah nak senyum bila berjumpa. Mereka lebih gemar senyum sorang-sorang sambil memengan telefon bimbit masing-masing dan tidak menghiraukan orang di sekeliling. Jangan begitu kawan-kawan. Kitakan hidup bermasyarakat, tak kisah la kenal atau tidak, senyum itu kan sedekah. Bukan ketika melihat 'awek cun' baru nak senyum. Itu mengorat dah namanya bukan sedekah..
Senyum sebenarnya merupakan salah satu cara berkomunikasi juga. Riak wajah itu merupakan cara kita berkomunikasi dengan orang-orang di sekeliling kita. Kalau kita selalu senyum, masayarakat akan suka dan mudah menerima kita. Jadi senyum ini juga boleh termasuk dalam kajian sosiolinguistik. melalui bahasa tubuh iaitu senyum, kita dapat berkomunikasi dengan masyarakat. Ha.. Nak tahu apa kelebihan senyum? Jom saya kongsikan sedikit maklumat ini;
2. Senyum boleh mengubah perasaan sedih kepada berasa lebih tenang. Menurut kajian, senyum boleh memperdayai tubuh sehingga perasaan kita berubah.
3. Senyum boleh mempengaruhi persekitaran iaitu apabila kita senyum, maka respons yang baik dalam persekitaran juga akan wujud.
4. Senyum boleh menghilangkan stress.
5. Senyum boleh mengurangkan tekanan darah.
...dan apa yang paling penting, dalam Islam, jika kita senyum kerana Allah SWT, maka itu juga sedekah.. =) 'Senyum tak perlu kata apa-apa'..