DRAMA & ANIMASI
Assalamualaikum. Antara filem atau animasi
dengan drama Melayu, yang manakah menggunakan bahasa Melayu dengan lebih baik? Itu
satu persoalan yang ingin saya kupas pada ruangan kali ini. Saya pernah melihat
cerita-cerita animasi seperti ‘Upin Ipin’, ‘Anak-anak Sidek’ , ‘Boboboi’ dan
banyak lagi animasi Melayu. Animasi ini bukan sahaja menggunakan bahasa Melayu yang
baik iaitu sama ada dari struktur ayat mahupun penggunaan bahasa Melayu yang
lebih baik berbanding drama Melayu yang selalu disiarkan di televisyen. Lazimnya
dalam drama Melayu banyak menggunakan bahasa rojak, dan bahasa campuran kod. Perkara
sebegini akan menjadi ikutan pada masyarakat. Sebab itulah fenomena kini banyak
menggunakan bahasa rojak. Lama-kelamaan, bahasa Melayu akan rosak. Kualiti bahasa
Melayu akan terjejas kerana penggunaan bahasa rojak ini.
Penggunaan media masa adalah meluas, maka,
pengaruhnya juga cukup besar. Sekiranya banyak drama Melayu yang tidak
menggunakan bahasa Melayu dengan baik, keadaan ini akan mempengaruhi masyarakat
kita. Ambillah contoh daripada animasi Melayu kita, menggunakan bahasa dengan
lebih baik dan jelas kosa katanya. Walaupun ia kelihatan kebudak-budakkan,
tetapi nilai atau sistem bahasa yang digunakan jauh lebih baik dari drama-drama
televisyen kita.
No comments:
Post a Comment